~ Sinar Ramadhan Bersama Orang Tua ~
04:43
No comments
Program Sinar Ramadhan adalah program berbuka puasa bersama warga emas. Program ini telah diadakan pada 20 Ogos 2011 bertempat di Fitrah Home Nursing Care, Ipoh. Program ini merupakan program gabungan di antara Kelab Steadfast dengan Kelab Silat Olahraga. Matlamat utama program ini adalah untuk meraikan penghuni di Fitrah Home Nursing Care. Program ini melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada 30 orang ahli Kelab Steadfast dan 20 orang ahli Kelab Silat Olahraga. Selain beramah mesra dengan penghuni di sana, para peserta juga telah membantu mengemas dan menghias rumah tersebut dengan jayanya. Para peserta juga sempat menyelami kisah kehidupan warga emas di sana yang sentiasa mendambakan kasih sayang sebuah keluarga terutamanya dari seorang insan yang bergelar anak. Secara keseluruhannya, penghuni Fitrah Home Nursing Care amat terhibur dengan layanan ikhlas yang diberikan oleh para peserta. Ia sedikit sebanyak mengurangkan perasaan sunyi yang menyelubungi penghuni rumah tersebut dan memupuk keinsafan yang sangat mendalam dalam diri para peserta. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Fadzil Bin Mohd Noor selaku penasihat kedua Kelab Steadfast.
PROGRAM FASILITATOR
SK TUN DR ISMAIL, PADANG RENGAS
SK SUNGAI RAPAT, IPOH
SMK JATI, IPOH
SK CHANGKAT JERING
SK MANJOI
SMK ABU BAKAR AL-BAQIR
SK RAJA PEREMPUAN CHUNG THYE PIN, IPOH
UITM SERI ISKANDAR
0 10000 Khalifah Islam:
Post a Comment