Kelab Steadfast
Kolej Islam Darul Ridzuan ( KISDAR ).
Kelab Steadfast
Kolej Islam Darul Ridzuan ( KISDAR ).
kelab Steadfast
Kolej Islam Darul Ridzuan ( KISDAR ).
Kelab Steadfast
Kolej Islam Darul Ridzuan ( KISDAR ).
Kelab Steadfast
Kolej Islam Darul Ridzuan ( KISDAR ).
~ Program Jemputan Kecemerlangan UPSR 2011/Moditech 100
07:19
No comments
Pada 23 Julai 2011 bersamaan dengan hari Sabtu, seramai 10 orang fasilitator kelab telah dijemput ke Hotel Heritage, Ipoh bagi menjayakan Program Kecemerlangan UPSR 2011/MODITECH 100. Program ini melibatkan seramai 105 orang pelajar tahun enam SK Raja Perempuan Jalan Chung Thye Phin, Ipoh. Antara pengisian program ialah memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peperiksaan yang bakal menjelang. Selain itu, slot muhasabah telah dijalankan bagi memberi keinsafan kepada para pelajar mengenai pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka.
~ Kem Modal Insab 5 ~
01:25
No comments
1.
Kem Modal Insan V merupakan program tahunan kelab.
Kem ini telah dibuat di Kem Salak North pada 22 hingga 24 Julai 2011 dan bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang dari segala aspek. Kem 3 hari 2 malam ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta dan 11 orang ahli jawatankuasa pelaksana. Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah slot “ice breaking”, ceramah, slot LDK yang menghimpunkan pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal dan mental seperti aktiviti Pemimpin Sejati, Padang Pasir serta kembara Diri, dan slot muhasabah. Kem ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Faizal Bin Abdul Khir selaku penasihat pertama Kelab Steadfast.
~ Temu Duga Ahli Baru Sesi Jun 2011 ~
00:35
No comments
Temu duga ahli baru yang mendaftar telah diadakan pada 14 Julai 2011. Temu duga ini diadakan di BKG 13, BKG 14, BKG 15 dan BKG 16 bermula pada pukul 8.30 malam.
Penilaian temu duga ini dibuat bagi menapis ahli-ahli yang benar-benar layak untuk menjadi ahli kelab.
Memandangkan Kelab Steadfast merupakan sebuah kelab yang berorientasikan kepimpinan, penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada aspek keperibadian, intelektual, keyakinan diri, kepekaan dan kepetahan berkomunikasi. Panel penilai yang menemu duga terdiri daripada ahli jawatankuasa dan dipantau oleh penasihat kedua kelab iaitu En. Ahmad Fadzil Bin Mohd Noor. Jumlah ahli yang hadir untuk temu duga ini adalah seramai 51 orang. Daripada jumlah tersebut, hanya 32 orang sahaja ahli yang lulus dan selebihnya iaitu seramai 19 orang telah gagal dalam temu duga tersebut.
~ Pendaftaran Ahli Baru Sesi Jun 2011 ~
00:34
No comments
Pendaftaran ahli baru Kelab Steadfast sesi Jun 2011 telah dibuat pada 29 Jun 2011 bertempat di BKG 10. Pengedaran flyers, tayangan dan penerangan secara individu telah dijalankan sebagai langkah mempromosikan kelab dan secara tidak langsung sebagai tarikan pelajar ke kaunter kelab. Semua ahli jawatankuasa kelab telah bersama-sama berganding bahu mempromosikan kelab. Kaunter pendaftaran ditutup pada pukul 5.00 petang. Secara keseluruhannya, ahli baru yang mendaftar adalah seramai 104 orang.
~ Sejarah Kelab ~
08:17
No comments
Kelab Steadfast Kolej Islam Darul Ridzuan telah ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 melalui cetusan idea saudara Naji, seorang penuntut di Kolej Islam Darul Ridzuan ketika itu. Di awal penubuhan, Kelab Steadfast diwujudkan untuk mantan-mantan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan berkhidmat di luar kampus bagi membantu masyarakat setempat. Objektif kelab digubal sedikit dari yang asalnya bagi mencungkil bakat-bakat kepimpinan yang terpendam di samping melahirkan mahasiswa yang berkarisma dalam memimpin sesebuah organisasi kelab dan persatuan. Usaha Kelab Steadfast dalam melahirkan bakat seorang pemimpin nyata berhasil apabila ramai ahli kelab yang kini menerajui pimpinan tertinggi dalam kelab, persatuan mahupun Majlis Perwakilan Pelajar. Kini, setelah hampir 10 tahun kewujudannya, Kelab Steadfast masih gah dan utuh berjuang dalam misi melahirkan bakat-bakat kepimpinan dalam diri seorang mahasiswa Kolej Islam Darul Ridzuan.
~ Program Jemputan Kem Kepimpinan Pengawas ~
07:18
No comments
Pada 22 hingga 24 April 2011, fasilitator Kelab Steadfast telah dijemput bagi menjayakan kursus Kepimpinan Pengawas SMK Abu Bakar Al-Baqir, Bagan Serai, Perak yang diadakan di asrama sekolah tersebut. Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Abu Bakar Al-Baqir ini melibatkan para pengawas sekolah tersebut. Dalam program tersebut, para peserta telah dilatih dengan sifat-sifat kepimpinan. Slot-slot LDK yang dijalankan oleh para fasilitator telah mendapat pujian daripada pihak sekolah.
PROGRAM FASILITATOR
SK TUN DR ISMAIL, PADANG RENGAS
SK SUNGAI RAPAT, IPOH
SMK JATI, IPOH
SK CHANGKAT JERING
SK MANJOI
SMK ABU BAKAR AL-BAQIR
SK RAJA PEREMPUAN CHUNG THYE PIN, IPOH
UITM SERI ISKANDAR





















