Program sambutan hari raya bersama anak yatim ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim Dahikmah di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara anak yatim dengan pelajar-pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan serta melahirkan mahasiswa yang mensyukuri nikmat yang telah diberikan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan program seperti beramah mesra, permainan minda dan sedikit slot muhasabah diri bagi memberi kesedaran kepada semua peserta terutamanya anak-anak yatim di sana tentang pentingnya sebuah ikatan persahabatan.